Blogger Tips and TricksLatest Tips For BloggersBlogger Tricks
 

SOALAN-SOALAN LAZIM




Soalan- soalan yang sering di tanyakan oleh calon :

1) Di manakah saya perlu mendaftar ?


Anda boleh mendaftar di Pejabat I.D.I. yang terletak di Bagan Luar 

( Bersebelahan Bangunan UMNO, Butterworth ) atau Seberang Jaya
( Bersebelahan JPJ Seberang Jaya ).

2) Apakah yang perlu dibawa semasa pendaftaran ?


Kad pengenalan atau passport, lesen memandu L/ P/  CDL (jika ada) dan bayaran untuk pendaftaran kursus dan latihan.


3) Bolehkah saya membayar secara ansuran ?


Bayaran boleh dibayar secara ansuran oleh calon dan mengikut peringkat.


4) Bolehkah saya mendaftar bagi pihak orang lain ?


Boleh dan pastikan anda mempunyai butir-butir calon tersebut seperti nama, nombor kad pengenalan dan nombor telefon.


5) Bagaimana cara untuk menghubungi I.D.I. Driving Institute ?


Anda boleh menghubungi kami dengan cara menghantar email, telefon atau datang terus ke pejabat kami.


Email : ididriving@idi.com.my

No. Telefon : 
04-3332828 ( Pejabat Bagan ) /
04-3981818 ( Tapak Ujian dan Latihan Memandu )/
04-5751818 ( Cawangan Kepala Batas ) / 
04-3561818 ( Cawangan Sungai Dua )
Alamat : 
Pejabat Bagan 
NO.5&7, LORONG BAGAN LUAR 2 , 
12000 BUTTERWORTH, 
SEBERANG PERAI,  
PULAU PINANG. 
( Bersebelahan Bangunan UMNO, Butterworth )

Tapak Ujian & Latihan Memandu

LOT 900,JALAN KELASAH ,
13700 SEBERANG JAYA ,
SEBERANG PERAI ,
PULAU PINANG.
( Bersebelahan JPJ Seberang Jaya )

6) Berapakah umur minimum yang di bolehkan untuk mendapatkan lesen kereta ?


Umur yang dibolehkan untuk mengambil lesen kereta adalah 17 tahun dan ke atas.


7) Berapakah umur minimum yang di bolehkan untuk mendapatkan lesen motor ?


Umur yang dibolehkan untuk mengambil lesen motor adalah : 

Lesen B ( 17 tahun dan ke atas ) manakala Lesen B2 ( 16 tahun dan ke atas )

8) Dimanakah lokasi-lokasi cawangan institut memandu anda ?


a) Pejabat Bagan yang bersebelahan Bangunan UMNO Bagan

b) Tapak Ujian & Latihan Memandu bersebelahan JPJ Seberang Jaya
c) Cawangan Kepala Batas di Bertam
d) Cawangan Sungai Dua di Taman Desa Murni

9) Jikalau saya gagal dalam ujian komputer, apakah perkara yang harus saya lakukan ?


Anda harus membuat pembayaran ulangan ujian komputer tersebut di kaunter-kaunter institut memandu kami & mengulanginya sehingga lulus, jikalau anda gagal ujian komputer sebanyak 3 kali, anda akan diberikan ujian bertulis oleh JPJ.


10) Jika saya berumur 50 tahun ke atas, adakah terdapat promosi/ potongan harga untuk warga emas ?


Ya, anda harus datang terus ke institut memandu kami & kami akan menerangkan lebih lanjut mengenai prosedur/ syarat-syarat untuk memohon


11) Perkara- perkara penting ketika anda menghadiri Kursus KPP 


- Membawa mykad @ pasport yang original
- Berpakaian kemas & kasut bertutup
- Serta bayaran untuk membeli buku KPP ( bagi calon yang mengambil kereta )

12) Bolehkah anda memberi maklumat mengenai bilakah Ujian Memandu JPJ, Ujian Berkomputer, kelas teori, KPP & lain-lain ?


KPP - Hari Selasa, Khamis, Sabtu
Ujian Berkomputer - Setiap Hari Kecuali Rabu
Kelas Pra L ( Teori & Amali )- Selasa, Khamis, Sabtu , Ahad
Praktikal Pemanduaan- Setiap Hari Ujian Memandu JPJ - Jumaat sahaja

13) Prosedur- prosedur untuk dapatkan lesen memandu ( Bagi calon yang TIADA lesen memandu ) ?

i)   Pendaftaran
ii)  Kursus K.P.P. (Kursus Pendidikan Pemandu).
iii) Ujian undang-undang berkomputer. 
iv) Kursus Pra L – teori dan amali.

v)  Lesen L
v)  Praktikal Pemanduan

vi) Ujian Memandu J.P.J.
vii)Lesen P

14 ) Setelah saya lulus ujian memandu JPJ, apakah perkara yang seterusnya saya lakukan ?


Setelah lulus ujian memandu JPJ, anda perlu menyerahkan butir-butir di bawah kepada kami :


i) 1 keping gambar ( latar belakang putih bukan biru )
ii) 1 keping salinan fotostat IC/ Passport.
iii) 1 keping salinan lesen L.
iv) Bayaran (jika ada)


15) Berapakah markah yang perlu saya lulus dalam Ujian Undang- Undang Berkomputer ?


Terdapat 50 soalan, markah lulus ialah 42 markah dan ke atas. 




9 comments:

  1. Email harga lesen motor B, B1, B2 ke ma.hakimadam@gmail.com

    Ps: saya telah memiliki lesen kereta.

    ReplyDelete
  2. BERAPAKAH HARGA LESEN MEMANDU KERETA MENGIKUT BAYARAN ANSURAN ?

    ReplyDelete
  3. Resit pembayaran awal saya hilang.xpe ke tu?

    ReplyDelete
  4. bolehkah saya tahu harga lesen memandu bagi lesen Auto ?

    ReplyDelete
  5. Saya mempunyai lesen B2 (motosikal), apakah yang perlu saya lalui untuk memiliki lesen kereta?

    Berapa harga perlu saya bayar?

    ReplyDelete
  6. SAYA PERNAH MENGAMBIL LESEN UNTUK KERETA SAHAJA , SETELAH MENDAPAT LESEN L , SAYA TIDAK SAMBUNG UNTUK LESEN P SEBAB ALAHAN KETIKA MENGANDUNG MASA TU,DAN SELAMA 7 TAHUN SAYA HANYA ADA LESEN L SAHAJA, SOALAN SAYA ,ADAKAH SAYA PERLU MENGAMBIL KEMBALI LESEN L JIKA SAYA HENDAK MENDAPATKAN LESEN KERETA SEKALI LAGI

    ReplyDelete
  7. Kalau ujian komputer buat di I.D.I ataupun di tempat lain?

    ReplyDelete