Blogger Tips and TricksLatest Tips For BloggersBlogger Tricks
 

Thursday 18 July 2013

Anda Penunggang Motosikal




PASTIKAN anda mengamal tip-tip di bawah dan segera HENTIKAN sifat yang negatif semasa menunggang di jalan raya.


PASTIKAN :
1.Berhenti apabila lampu isyarat bertukar merah
2.Topi keledar diikat dengan kemas
3.Pasang lampu sepanjang siang dan malam
4.Guna pakaian cerah 
5.Brek hadapan dan belakang berfungsi dengan baik

HENTIKAN :
1.Mencelah di jalan raya
2.Menunggang melebihi had laju
3.Menunggang terlalu hampir dengan kenderaan di hadapan
4.Melanggar arahan lampu isyarat
5.Berlumba di atas jalan raya





Sunday 14 July 2013

Tip- Tip Semasa Memandu Kenderaan




TIPS-TIPS UNTUK LULUS UJIAN JPJ – KELAS D ( KERETA )


Disini kami memberikan beberapa tip-tip bagi calon yang akan  menghadapi ujian memandu bersama JPJ dan akan memberi calon markah :

a) Sebelum memulakan pemanduaan :
i)    Laraskan tempat duduk. 
ii)   Periksa cermin pandang belakang dan kedua-dua belah cermin sisi. 
iii)  Menguji signal, lampu, lampu kecemasan dan ‘wiper’.
iv)  Memastikan gear berada dalam kedudukan bebas dan hidupkan enjin kereta.
v)   Memakai tali pinggang keselamatan sebelum memulakan perjalanan.

1) Kenapa anda gagal ujian memandu kereta di jalan raya ?
  • Tidak memakai tali pinggang keledar.
  • Tidak berhenti di simpang tiga.
  • Tidak mematuhi peraturan warna lampu isyarat ketika berada di simpang yang ada lampu isyarat.
  • Tidak memberi laluan pengguna yang berada di sebelah kanan anda ketika di bulatan. 
  • Tidak mengawal stering dengan baik ketika berada di selekoh dan jalan lurus sehingga berada di tengah jalan dan melanggar garisan tengah sehingga mengganggu kenderaan di sebelah anda.
  • Memandu secara berbahaya dengan menukar lorong atau memotong secara tergesa-gesa.
  • Berlaku kemalangan sehingga melanggar objek-objek yang lain.
  • Memandu melebihi had laju ujian iaitu tidak boleh melebihi 60km/jam.
  • Tidak memberi isyarat lampu sebelum keluar atau masuk simpang, memotong atau menukar lorong.
  • Gagal memberi isyarat secukupnya ketika memotong.


TIPS-TIPS UNTUK LULUS UJIAN JPJ – KELAS B2 ( MOTORSIKAL )

a)  Calon perlu memakai topi keledar dengan cara yang betul iaitu kemas
b)  Pusingan 8 
- Pastikan anda menunggang di atas pusingan 8 itu dengan menggunakan gear yang kedua
- Calon sama sekali tidak dibenarkan untuk menurunkan kaki ke atas jalan
c)  Laluan Titi 
- Calon perlu melepasi laluan titi sepanjang 7 atau 8 meter dalam tempoh 7 saat ke atas. 
- Di sini calon mestilah menunggang secara perlahan dan pandai untuk mengimbangkan               motor di atas titi tersebut dengan menggunakan gear 2
- Cuba buat kiraan “satu ribu satu” hingga “satu ribu tujuh” ketika di atas titi tersebut   -
- Selesai kiraan, calon boleh terus bergerak ke depan untuk menuruni titi tersebut
d) Laluan Kon Ziq Zaq 
-  Mengawal motorsikal ketika melalui antara kon-kon yang diletakkan secara “zig-zag”
- Jangan turunkan kaki anda ke atas jalan
e) Brek Kecemasan/Emergency 
- Memberhentikan motorsikal secara kecemasan  
-Calon perlu menekan brake kaki terlebih dahulu kemudian baru menggenggam dengan seluruh   jari brake tangan. Jangan lepaskan brake
- "Handle" motor disengetkan ke kiri kemudian pandang ke arah pegawai JPJ. Ketika berhenti    hanya kaki kiri saja memijak jalan raya, kaki kanan masih di atas brake
f) Ujian Jalan Raya 
- Calon perlu memeriksa topi keledar terlebih dahulu supaya ikatannya kemas. 
- Kemudian periksa satu persatu lampu hadapan dan belakang, lampu brake, lampu signal kiri     dan kanan di hadapan dan belakang, side mirror kiri dan kanan serta bunyikan hon sebelum     berjalan
-Pastikan calon memberikan isyarat tangan kanan ( melambai ) sebanyak tiga kali di tiga      lokasi
-Jika ingin membelok beri isyarat tangan kiri sekali saja. Ketika berhenti, pastikan tangan    kanan diangkat menandakan calon berhenti
- Bebaskan semua gear kemudian matikan enjin motor
- Apabila selesai, turun dari motor dan letak motor tersebut dengan tongkat atau “Stand” dua   kaki. Menggunakan “stand” satu kaki akan mengakibatkan calon ditolak markah

2) Kenapa anda gagal ujian menunggang motosikal ?
-Kebiasaannya calon akan gagal di bahagian 2 iaitu titi, brek kecemasan dan selekoh tajam
  • Punca gagal di titi kerana anda terjatuh samada di permulaan titi,di tengah titi atau di penghujung titi
  • Punca tidak dapat mencapai masa menunggang di atas titi melebihi 7 saat ialah anda tidak mahir memperlahankan motosikal dan mengimbangkan badan dan motosikal.
  • Anda gagal olahgerak brek kecemasan kerana terjatuh ketika membrek di dalam petak berhenti
  • Punca anda gagal di 2 selekoh tajam ialah kerana anda terlanggar tebing dan kaki anda terjatuh menahan tebing jalan
  • Berlaku sebarang kemalangan ketika anda menunggang di dalam litar dimana-mana olahgerak
  • Melanggar atau terlanggar apa-apa objek di dalam litar





Thursday 4 July 2013

Lesen Memandu


Jenis-jenis lesen memandu :

Lesen D ( KERETA )

Lesen E ( LORI )

Lesen B (FULL) 


Lesen B2

* Anda boleh klik pada gambar tersebut untuk melihat dengan lebih jelas