Blogger Tips and TricksLatest Tips For BloggersBlogger Tricks
 

LESEN MEMANDU


1) Terdapat  lima jenis utama lesen memandu di Malaysia iaitu :-
  • Lesen Memandu Pelajar (LDL)
  • Lesen Memandu Percubaan (PDL)
  • Lesen Memandu Kompeten (CDL)
  • Lesen Memandu Vokasional (VDL) atau Lesen  Memandu Komersial
  • Permit Memandu Antarabangsa (IDP)
2) Kelas Lesen Memandu : 

A   - Kenderaan orang cacat
B   - Motosikal melebihi 500 cc (Bagi calon yang berumur 17 tahun dan ke atas) 
B1  - Motosikal tidak melebihi 500 cc
B2  - Motosikal tidak melebihi 250 cc (Bagi calon yang berumur 16 tahun dan ke atas)
C   - Motosikal roda tiga
D   - Motokar BTM Tidak Melebihi 3500kg
       (Bagi calon yang berumur 17 tahun dan ke atas) 
E   - Motokar berat(lori) dengan BTM melebihi 7500 kg 
      (Bagi calon yang berumur 21 tahun dan ke atas) 
E1  - Motokar berat dengan BTM tidak melebihi 7500 kg
E2  - Motokar berat dengan BTM tidak melebihi 5000 kg
F    - Traktor / Jentera bermotor ringan (beroda) dengan BTM tidak melebihi 5000 kg
G    - Traktor / Jentera bermotor ringan (berantai) dengan BTM tidak melebihi 5000 kg
H    - Traktor / Jentera bermotor berat (beroda) dengan BTM melebihi 5000 kg
I     - Traktor / Jentera bermotor berat (berantai) dengan BTM tidak 5000 kg

Lesen Memandu Vokasional :

GDL ( Goods Driving License ) - Lesen Memandu Kenderaan Yang Membawa Muatan Barang-Barang                                                                                     

PSV ( Public Service Vehicle )   - Lesen Memandu Kenderaan Perkhidmatan Awam

Had Kelayakan Umur Untuk Mendapatkan Lesen Memandu :

B         - Berumur 17 tahun dan keatas
B2       - Berumur 16 tahun dan keatas
D         - Berumur 17 tahun dan keatas
E         - Berumur 21 tahun dan keatas
           - Memiliki lesen kelas D kompeten selama 1 tahun
GDL    - Berumur 21 tahun dan keatas
           - Memiliki lesen sekurang-kurangnya kelas D kompeten
PSV    - Berumur 21 tahun dan keatas
           - Memiliki lesen sekurang-kurangnya kelas D kompeten


Etika Pemakaian Yang Seharusnya Di Patuhi Oleh Bakal Calon Pemandu Di I.D.I. :

Untuk Calon Lelaki:-
* Baju hendaklah berkolar dan berlengan
* Seluar panjang
* Kasut Bertutup (Sandal tidak dibenarkan)
* Pakaian Mestilah Kemas
* Dilarang memakai topi

Untuk Calon Perempuan:-
* Berpakaian kemas (Tidak menjolok mata)
* Berlengan dan tidak terlalu singkat
* Kasut Bertutup (Sandal tidak dibenarkan)
* Kain/ Skirt Mestilah menutupi paras lutut atau seluar mesti panjang

Semua calon yang terlibat HARUS mematuhi etika pemakaian seperti di atas. Terima Kasih.


1 comment: